PUM salur sumbangan tabung SINAR4ROHINGYA

Tuesday, January 2, 2018

PUM salur sumbangan tabung SINAR4ROHINGYA

PUM salur sumbangan tabung SINAR4ROHINGYA

SHAH ALAM - Tabung SINAR4ROHINGYA terus mendapat sokongan pelbagai pihak yang ingin membantu etnik Rohingya yang tertindas di bumi sendiri.

Antaranya ialah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang memberikan sumbangan sebanyak RM2,250, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Setiausaha PUM, Mohd Fakaruddeen Che Omar kepada Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf, Hashim Anang.

Dana berkenaan adalah sumbangan orang ramai yang dibuat PUM di beberapa kawasan di Selangor.

Fakaruddeen berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban pelarian Rohingya yang kini berada di kem-kem pelarian yang dibina hasil dana SINAR4ROHINGYA.

“Kita harap usaha ini dapat diteruskan untuk tahun ini supaya lebih banyak. Sumbangan dapat dikumpul untuk diagihkan kepada yang memerlukan,” katanya.

Kempen SINAR4ROHINGYA dilancarkan September tahun lalu bagi menyediakan peluang buat rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada etnik Rohingya yang kini berada dalam situasi amat memerlukan.

Ia mendapat kerjasama daripada lebih 100 NGO dan badan korporat dan memberi fokus kepada pengumpulan dana bagi membantu kemudahan asas termasuk makanan, perubatan, pendidikan dan juga pemulihan di kem pelarian Rohingya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment