Kajang: Kembar empat seiras, Mohamad Hadif Khairul Nazri, Mohamad Hanif Khairul Nazri, Mohamad Harraz Khairul Nazri dan Mohamad Hariz Khairul Nazri antara 120 murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Semenyih yang mencuri perhatian pada hari pertama persekolahan 2018.
Kehadiran kembar empat seiras diletakkan dalam satu kelas buat sementara waktu itu menarik perhatian bukan hanya kerana wajah seiras tetapi gaya rambut serta perkakasan sekolah seperti beg sama membuatkan mereka menjadi tumpuan ramai selain membuatkan kebanyakan cikgu tidak dapat membezakan mereka.
Bapa mereka, Khairul Nazri Nasir, 40, berkata keempat kembar ini tidak banyak ragam untuk ke sekolah kerana biasa dengan suasana itu kerana mengikuti prasekolah di sekolah sama.
Katanya, ketika memasuki pekarangan sekolah dan perhimpunan, mereka kelihatan tenang dan gembira.
รขWalaupun mereka suka datang sekolah, tapi pagi tadi mereka liat untuk bangun dan sudah menjadi lumrah ada saja antara mereka yang bergaduh disebabkan perselisihan dan perbezaan barangan.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment