Bilangan mangsa banjir meningkat

Tuesday, January 2, 2018

Bilangan mangsa banjir meningkat

Bilangan mangsa banjir meningkat

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,884 mangsa daripada 499 keluarga yang terjejas sehingga jam 10 pagi tadi berbanding 1,331 mangsa dari 325 keluarga yang dicatatkan sehingga jam 11 malam semalam.

Setakat ini tiga daerah terjejas iaitu Kuantan dengan 1,258 mangsa daripada 373 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pmindahan diikuti Rompin, 574 mangsa daripada 157 keluarga yang kini berada di tujuh pusat pemindahan.

Turut terjejas beberapa kawasan di daerah Pekan apabila 52 mangsa daripada 13 keluarga dari empat buah kampung kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan  Merchong Jaya, Nenasi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment