Sukma: Chor turunkan barisan terkuat
PERAK bakal menurunkan kesebelasan terkuatnya pada aksi final bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2018 berdepan Kedah di Stadium Perak, malam esok.
Ketua jurulatih skuad bola sepak Sukma Perak, Chan Wing Hoong berkata, semua pemain dilaporkan cergas serta bebas daripada sebarang kecederaan untuk diturunkan pada perlawanan berkenaan.
Justeru, kesemua pemain diharapkan bersedia untuk beraksi sebaik mungkin dalam usaha mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2014 dan 2016 lalu.
âSepanjang perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir dan juga separuh akhir, kita dapati pemain kita ada semangat sebagai pejuang. Tiga perlawanan kita berjaya bangkit selepas ketinggalan.
âKita sedar, harapan tinggi penyokong untuk kita melakar kemenangan. Tetapi, biarlah semua tekanan itu hanya kepada saya dan bukan pemain. Fikiran mereka (pemain) perlu bebas supaya mereka boleh beraksi dengan baik di atas padang,â katanya.
Wing Hoong berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan skuad bola sepak Sukma Perak di Stadium Mini, Chemor, petang tadi.
Wing Hoong menyifatkan kesebelasan anak didiknya mampu menangani perasaan gugup apabila beraksi di hadapan ribuan penonton esok.
Malah bekas pemain kebangsaan dan Perak itu turut yakin sokongan bahawa padu penyokong Perak malam ini bakal menyemarakkan lagi semangat kesebelasan anak didiknya untuk mencatatkan kemenangan.
âPemain buktikan mereka boleh menerima dengan suasana sedemikian dan seterusnya mendapat semangat seperti yang ditunjukkan pada perlawanan peringkat kumpulan dan juga ketika di separuh akhir sebelum ini.
âOleh itu saya harap semua penyokong dapat terus memberikan sokongan kerana inilah ibu segala emas, tiada pingat lain daripada pingat ini yang penting,â katanya.
Sementara itu, Perak muncul juara bagi acara bola sepak bagi Sukma Perlis 2014 setelah menewaskan Johor 3-1 dan Sukma Sarawak 2016 (menewaskan Wilayah Persekutuan 2-0).
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment