Program Transformasi Kos Sara Hidup platform jana duit

Monday, September 17, 2018

Program Transformasi Kos Sara Hidup platform jana duit

Program Transformasi Kos Sara Hidup platform jana duit

KUALA LUMPUR - Akademi Pembangunan Usahawan Global (APUG) menyediakan platform bagi membantu golongan B40 yang berminat menjana pendapatan melalui keusahawanan menerusi Program Transformasi Kos Sara Hidup iaitu program pendidikan ilmu kos sara hidup untuk semua masyarakat di negara ini.

Pengetua APUG, Haron Jusoh, berkata, program yang diperkenalkan itu adalah program kos sara hidup yang pertama di Malaysia di mana setiap peserta akan didedahkan dengan ilmu keusahawanan yang berkesan sehingga mampu menjana pendapatan sendiri.

Menurutnya, lebih menarik, APUG turut memperuntukan saguhati berbentuk wang tunai antara RM50 hingga RM300 secara (one off) bagi menarik penyertaan dalam program tersebut.

Peserta yang hadir juga akan dibayar saguhati hadir kursus antara RM50 hingga RM300 secara (one off) dengan tujuan supaya mereka minat hadir kursus transformasi kos sara hidup. Selain itu peserta juga akan diberi elaun kos sara hidup antara RM150 hingga RM300 sebulan mengikut modul yang mereka hadiri.

"Terdapat lima modul yang perlu dihadiri, dan selepas modul lima,  peserta akan diberi elaun kos sara hidup RM1500 sebulan selama setahun dan peserta boleh menggunakan elaun ini untuk membayar ansuran bulanan bagi food truck, lori pasar malam dan lain-lain bagi tujuan perniagaan,"katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Koordinator Program, Haslinda Haplus, menjelaskan lima modul kursus kos sara hidup yang disediakan membolehkan peserta menguruskan kos sara hidup dengan lebih sistematik.

Ujarnya, setiap kursus mengambil masa selama 3-4 jam yang akan dibuat pada hari minggu.

"Peserta yang dapat mengikuti kelima-lima modul tersebut bererti cabaran untuk mereka ini menjadi seorang usahawan yang berjaya tercapai. Ini kerana setiap modul akan menumpukan kepada aspek keusahawanan, semangat berdikari serta pengurusan kewangan.

"Kegagalan perniagaan adalah kerana seseorang itu kurang ilmu keusahawanan yang akhirnya mereka gagal untuk melihat peluang perniagaan yang ada sebaliknya berniaga kerana syok sendiri," katanya.

Difahamkan sehingga kini seramai 350 peserta telah mendaftar bagi program tranformasi kos sara hidup ini dan APUG mensasarkan penglibatan lebih ramai masyarakat yang mahu mendapat pendedahan mengenai ilmu kos sara hidup.

Mereka yang berminat bolehlah menghadirkan diri ke taklimat yang diadakan bagi mengetahui perjalanan program ini dan modul kursus yang akan diadakan dengan menghubungi talian 011-10808769.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment