PFA bakal 'kering poket'

Tuesday, September 4, 2018

PFA bakal 'kering poket'

PFA bakal 'kering poket'

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) diarah membayar tunggakan gaji berjumlah RM414,900 kepada 29 pemainnya dalam tempoh 30 hari.

Perkara ini diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan pada 27 Ogos lalu.

"Tuntutan 29 pengadu telah diterima sepenuhnya dan PFA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

"Jika gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi," tulis satu kenyataan rasmi FAM.

Selain Perlis, pasukan Liga FAM, Terengganu City FC (TCFC) turut terpalit isu yang sama melibatkan enam orang pemainnya berjumlah RM287,000.

TCFC turut diarah menjelaskan tunggakan itu dalam tempoh 30 hari dan jika gagal kes akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment