Penduduk Kondominium Desa Putra tertekan lagi
KUALA LUMPUR - Projek kondominium yang bakal dilaksanakan berhampiran Kondominium Desa Putra, Setiawangsa, di sini memberi tekanan baharu kepada kira-kira 2,000 penduduk.
Penduduk membantah projek pembinaan tersebut yang dilihat bukan sahaja memberi kesan terhadap penambahan kepadatan populasi sedia ada malah
melibatkan pertukaran kegunaan tanah daripada untuk perumahan kepada komersil.
Pengerusi Perbadanan Pengurusan Desa Putra, Abu Bakar Ariffin, berkata, berdasarkan papan tanda cadangan dipasang, projek itu mempunyai 382 unit dengan 46 tingkat termasuk 8 podium tempat letak kereta yang terletak kira-kira 10 meter Kondominium Desa Putra.
Menurutnya, projek berkenaan juga boleh memberi kesan kepada lalu lintas di kawasan tersebut yang ketika sudah sesak dengan kenderaan milik pengguna LRT berhampiran.
âKami bukannya menolak pembangunan tetapi projek ini perlu mengambil kira persekitaran kawasan. Pertukaran kegunaan tanah kepada komersil juga menyebabkan kami penduduk bimbang kawasan menjadi lebih padat.
âSurat bantahan yang ditandatangani 60 peratus penduduk sudah dihantar pada 27 Ogos lalu kepada DBKL tapi hingga sekarang tiada sebarang maklum balas diperoleh,â katanya dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, pihaknya akan membantu penduduk dalam proses bantahan tersebut kerana mereka mempunyai hak sebagai penduduk.
âPerkara ini berlaku disebabkan Draf Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 masih belum digazet. Justeru saya menggesa Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad menggazetnya secepat mungkin membolehkan segala rancangan pembangunan di Kuala Lumpur mengikut plan ditetapkan,â katanya.
Difahamkan, terdapat dua projek kondominium mendapat bantahan sebelum ini gagal dihentikan apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap meluluskannya.
Dua projek yang dibantah sebelum ini adalah Wangsa 9 yang mengandungi 565 unit dan Hamilton 435 dan kini sedang dalam pembinaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment