Mat Sabu yakin PH menang
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu mahu pengundi menjadikan PRK Sungai Kandis sebagai contoh peratus keluar mengundi rendah.
Beliau juga berharap perkara itu tidak berulang pada PRK Seri Setia.
"Insya-ALLAH, saya yakin PH akan menang, cuma kita nak yang keluar mengundi itu ramai.
"Di Sungai Kandis peratus keluar mengundi hanya 49 peratus, kita mahu di Seri Setia sekurang-kurangnya 60 peratus yang keluar mengundi.
"Apa sekali pun, yang paling penting kita tak boleh berpecah. Kali ini kita guna logo Harapan, kalau kita tengok di Balakong, MCA pun tak nak guna logo BN," katanya ketika berucap pada Ceramah Pilihan Raya PH di hadapan Petron TTDI Jaya.
Selain itu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan mengakui banyak perkara yang perlu dilakukan sejak PRU14 dan kerajaan menerima sebarang kritikan secara terbuka.
"Sekarang ini perubahan paling besar kita buat bukan tukar GST kepada SST, tetapi kita bagi pembangkang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Selain itu, kita juga minta semua menteri dan timbalan menteri isytihar harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Perpaduan empat parti dalam PH serta NGO akan terus dipupuk, inilah kekuatan dan perubahan kita dah buat," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment