Setelah usia perkahwinan yang hampir mencecah enam tahun, Lisa Surihani berhasrat untuk menambah bilangan cahaya mata lagi. Jelasnya, kalau boleh beliau dan suami Yusry Halim mengimpikan sepasang lagi anak.

BACA: Lisa Surihani Dikecam Kerana Pakai Seluar Pendek


“Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudahpun mencecah 45 tahun. Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi?”


“Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang. Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT,” katanya.

Hasil perkahwinan yang dibina pada tahun 2012, Lisa telah dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Lisa menganggap andai diberi rezeki sepasang (lelaki & perempuan) lagi, lengkaplah keluarga mereka.



Semoga hasrat pasangan ini dimakbulkan tuhan untuk menambahkan lagi cahaya mata. Bak kata Lisa, anak-anak mereka juga sudah besar jadi memang sudah sampai waktunya mereka membina keluarga lagi. (rtky/w)