KFC buka cawangan ke-700 di Bandar Sri Sendayan

Tuesday, September 18, 2018

KFC buka cawangan ke-700 di Bandar Sri Sendayan

KFC buka cawangan ke-700 di Bandar Sri Sendayan

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali tunggal 1,080 restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia, hari ini melancarkan cawangan restoran KFC ke-700 di Bandar Sri Sendayan, di sini, dalam usaha meluaskan penguasaannya ke seluruh negara.

Pembukaan cawangan itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Yum! Brands Inc., Greg Creed.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation yang juga Pengerusi QSR Brands, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Matrix Concepts Holdings Bhd (MCHB), Datuk Lee Tian Hock.

Mohamed Azahari yang ditemui pemberita berkata, cawangan ke-700 itu adalah peristiwa penting kepada Kumpulan QSR Brands.

"Pembukaan cawangan ini dengan kerjasama MCHB, pemaju Bandar Sri Sendayan, melambangkan pertumbuhan positif selain memberi keyakinan kepada QSR Brands untuk melakar kejayaan seterusnya. Ia menjadi tonggak kepada kami untuk meningkatkan penguasaan dalam industri perkhidmatan restoran makanan segera yang serba kompetitif,รข€ katanya.

Jelasnya, cawangan restoran itu yang beroperasi 24 jam mampu menampung 170 pelanggan pada satu masa selain dilengkapi kemudahan pandu lalu dan dibina dengan teknologi penjimatan tenaga dan ciri mesra alam membabitkan antaranya sistem penuaian air hujan, pencahayaan LED dan tiub lampu solar sebagai sebahagian inisiatif syarikat terhadap kelestarian alam sekitar.

Dalam perkembagan sama, Mohamed Azahari berkata, QSR Brands menyasarkan membuka 23 restoran KFC tahun ini dan cawangan di Bandar Sri Sendayan adalah yang ke-21.

Dua lagi yang akan dibuka termasuk di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 20 September ini.

Sementara itu, Lee berkata, MCHB berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan QSR Brands dan kos pembinaan restoran berkenaan termasuk harga tanah kira-kira RM3.5 juta.

"Kami merancang membuka dua lagi restoran KFC di perbandaran ini pada masa depan," katanya. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment