Jho Low akhirnya muncul
sumber: utusan
Menerusi satu kenyataan yang mengalu-alukan kehadiran pelawat di laman web www.jho-low.com, Jho Low menegaskan bahawa beliau tidak bersalah terhadap segala tuduhan dilemparkan terhadapnya.
"Biar saya jelaskan, saya tidak bersalah," tegas beliau menerusi kenyataan yang turut ditandatanginya di laman web tersebut.
"Saya mungkin telah melakukan sesuatu perkara berbeza, seperti mana-mana anak muda, tetapi kesilapan yang saya lakukan tidak membolehkan dakwaan yang membinasakan terhadap saya.
Laman web tersebut berfungsi sebagai platform yang menyediakan maklumat berfakta, dokumen mahkamah dan perkara-perkara berkaitan Jho Low yang dikenal pasti banyak pihak sebagai individu terlibat dengan skandal 1MDB. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment