Bot karam: Dua nelayan ditemui lepas 10 jam

Monday, September 17, 2018

Bot karam: Dua nelayan ditemui lepas 10 jam

Bot karam: Dua nelayan ditemui lepas 10 jam

IPOH - Dua nelayan tempatan ditemui selamat selepas lebih 10 jam dilaporkan hilang apabila bot dinaiki karam di perairan Pantai Remis, malam tadi.

Kedua-duanya berusia antara 30 dan 40-an ditemui sekitar jam 8.45 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian sekitar jam 10.15 malam itu berlaku apabila bot dinaiki mereka terbalik dipukul ombak besar.

"Mereka ditemui masih hidup, tetapi dalam keadaan lemah.

"Operasi mencari dan menyelamat digerakkan pasukan keselamatan selepas menerima laporan daripada majikan mangsa," katanya.

Beliau berkata, pengadu memaklumkan menerima panggilan telefon mengatakan bot dinaiki dua pekerjanya terbalik dan karam di laut.

Bagaimanapun katanya, dua pekerja berkenaan tidak ditemui di kawasan itu.

"Kehilangan mangsa dimaklumkan kepada Polis Marin, Maritim dan Bomba bagi menjalankan operasi menyelamat," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment