New Straits Times melaporkan gadis tersebut bernikah dengan lelaki itu di Tumpat, Kelantan kerana keluarganya mahukan anak gadis berkenaan hidup bahagia.
Dengan pendidikan formal hanya di tingkatan satu dan latar belakang keluarga yang miskin, mereka tidak yakin dapat hidup bahagia, melainkan berkahwin sebagai isteri kedua.
âTiada ibu bapa mahu melihat anaknya hidup susah. Kami tidak mahu anak perempuan kami hidup susah seperti kami, membesarkan 13 anak.
âAdik-beradiknya semua sudah berkahwin dan kini mempunyai kehidupan sendiri. Kami tahu dia bawah umur, tetapi kami hanya mahu yang terbaik untuknya,â kata ibu gadis itu.
Ibu bapa gadis itu, yang mempunyai 12 anak lain, berkata mereka merestui perkahwinan anaknya dengan lelaki berusia 44 tahun itu kerana mahu anak mereka memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Bapa gadis itu yang dikenali sebagai Che Rahim yang mengusahakan kedai runcit berkata, dengan pendapatan sebulan sekitar RM300, dia dan isteri bersetuju dengan pernikahan itu kerana yakin lelaki itu boleh membuat anak mereka bahagia.
Gadis itu, yang kelihatan ceria, berkata dia tidak teragak-agak berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun dia hanya mengenalinya selama beberapa bulan. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment