Agong terima kunjungan hormat Presiden Singapura
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob ke Majlis Pertemuan Khas di Istana Negara di sini, hari ini.
Halimah yang tiba kira-kira pukul 5.50 petang diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.
Terdahulu, beliau menandatangani buku pelawat istana sebelum dibawa masuk ke dewan menghadap iaitu Dewan Sri Maharaja untuk pertemuan khas itu yang berlangsung selama satu jam.
Pertemuan khas berkenaan bersempena lawatan kerja selama dua hari Presiden Singapura itu di Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. รข" Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment