15 maut selepas minum arak
SHAH ALAM - Seramai 15 daripada 48 individu maut keracunan dipercayai selepas minum pelbagai jenis arak di Selangor, sejak semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor berkata, sehingga jam 5 petang tadi tujuh mangsa disahkan mati membabitkan kawasan di Sungai Buloh dan empat orang masing-masing di Gombak dan Kajang.
âMaklumat awal menunjukkan tujuh mangsa dari Sungai Buloh yang mati terdiri daripada seorang lelaki tempatan, empat warga Nepal dan seorang warga India serta Bangladesh.
âKes pertama dikesan berlaku di sebuah kilang di Sungai Buloh pada jam 7 petang semalam dan 33 individu lagi dilaporkan sedang menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini,â katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut di daerah lain sedang dijalankan namun mangsa yang menerima rawatan termasuklah di Kajang, Shah Alam dan Klang Selatan.
âKita masih menunggu laporan penuh bedah siasat semua mangsa yang mati dan pemeriksaan juga sedang dijalankan di kedai-kedai yang berkaitan. Setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut.
âBagaimanapun, daripada maklumat yang diperoleh, mangsa-mangsa ini dipercayai meneguk tiga jenis minuman keras,â katanya.
Difahamkan kesemua mangsa yang mati dan menerima rawatan kerana mengalami simptom sama berada di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Ampang dan Hospital Banting.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment