Selepas insiden yang melanda tahun lalu, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah dilihat sering memuat naik gambar bersama menunjukkan bahawa rumahtangga mereka sudah kembali berseri dan bahagia, ditambah pula dengan cahaya mata comel Ayden Adrean yang kini sudah berusia satu tahun.

Baru-baru ini, Aliff Aziz memuat naik video saat isterinya bertarung nyawa melahirkan anak mereka bersempena dengan hari lahir anaknya itu.


Exactly this day 1 year ago, a great gift from God changed my life. It was Ayden’s first day in this world. Thank you mummy @bellaastillah for the pain and struggle she pulled thruout the ordeal. It’s considered as your birthday too because you gave birth to our baby. May Allah bless and protect both of you always. Happy 1st birthday my little buddy! @aydenadrean17 You bring undescribable joy into our lives i pray you grow up well and healthy and wise. Daddy and Mummy loves you so much! ?? To mummy @bellaastillah thank you for the sacrifices and patience thru every up and down love. May Allah always guide us to a prosperous life together. Amin. #MrAndMrsAliffAzizJrTurns1 #AydenAdrean #080717 #150394


A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on



Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir buat Ayden dan rata-rata mereka tersentuh melihat video tersebut.

Namun, ada juga beberapa netizen mempersoalkan tindakan Aliff yang tidak dikecam apabila memuat naik video tersebut untuk tontonan umum, sedangkan sebelum ini usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dihentam teruk.

Tidak kurang juga ada dikalangan netizen yang bertelagah sesama sendiri dengan pendapat mereka masing-masing. Menurut netizen lagi, video tersebut pernah dimuat naik sebelum ini namun tiada kecaman dari orang ramai.

Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri dikecam teruk selepas memuat naik video isterinya bersalin dan sehingga membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu.