Saya akui silap saya: Wany Hasrita

Wednesday, July 4, 2018

Saya akui silap saya: Wany Hasrita

Saya akui silap saya: Wany Hasrita

PENYANYI Wany Hasrita memberitahu dia sudah memohon maaf di atas keterlanjuran mengeluarkan kenyataan yang mengundang salah faham di akaun Twitter peribadinya siang tadi.

Ujar pelantun yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini, dia sudah menjelaskan segala terperinci maksud yang cuba disampaikan kepada stesen radio, Hot FM dan juga pihak pengurusan, FMC.

"Saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas apa yang saya tulis di Twitter.

"Saya sedar sebagai seorang penyanyi profesional saya tidak patut menulis tweet sebegitu. Namun saya akui ia adalah kelemahan saya yang tidak sabar dalam menangani isu ini.

"Bagaimanapun perkara ini sudah jelas dan pihak pengurusan serta stesen radio sudah jelas mengenai perkara ini," katanya kepada Sinar Harian.  

Terdahulu Haqiem tampil di stesen radio Hot FM pada Selasa untuk berkongsi tentang perkembangan terbaru dirinya.

Pada sesi tersebut, Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari turut dijemput untuk memberikan sokongan kepadanya.

Bagaimanapun ia menimbulkan rasa kurang senang mereka yang terbabit kerana mendakwa tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan rasa dipergunakan.

Malah Ernie menerusi akaun Instagram turut meluahkan rasa kesal dan merasakan kehadirannya dipergunakan untuk program berkenaan.

Dalam pada itu, pihak media pada petang Rabu menerima jemputan daripada pihak syarikat rakaman Haqiem, yang turut dinaungi Erni dan Wany untuki hadir ke majlis sidang media tergempar yang bakal menampilkan ketiga-tiga penyanyi ini.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas tujuan sidang media tersebut diadakan, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan isu yang sedang hangat di perkatakan ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment