Riza Aziz beri keterangan hari ketiga

Wednesday, July 4, 2018

Riza Aziz beri keterangan hari ketiga

Riza Aziz beri keterangan hari ketiga

PUTRAJAYA - Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz kembali lagi untuk hari ketiga bagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Riza dilihat tiba lewat di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 11.10 minit menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam dan dipercayai ditemani peguammnya.

Semalam, proses mengambil keterangan mengambil masa selama enam jam dan bersambung hari ini.

Petugas media pula tidak dibenarkan memasuki pekarangan bangunan apabila dimaklumkan terdapat program sedang berjalan di kawasan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Riza Aziz selesai beri keterangan hari kedua]

[ARTIKEL BERKAITAN : 1MDB: Akhirnya anak tiri Najib muncul]

Riza, 41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan  filem lucah The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment