Lebih 800,000 benih ikan dilepaskan di perairan Pahang
KUANTAN - Bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi, Jabatan Perikanan negeri telah melepaskan sebanyak 862,720 benih ikan daripada pelbagai jenis di perairan seluruh negeri Pahang.
Pengarah Perikanan Pahang, Azahari Othman berkata, pelepasan benih ikan itu dilakukan bagi memulihara, meningkatkan dan menjamin kelestarian sumber perikanan.
Menurutnya, malah ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan nelayan setempat.
âHari ini, kita telah melepaskan sebanyak 4,000 ekor benih ikan siakap di perairan sungai. Kita harap program ini dapat meningkatkan stok ikan di perairan sungai dan beri manfaat kepada nelayan.
âJadi, ini usaha yang kita lakukan bagi memastikan bekalan hasil laut terus mencukupi dan dapat mengelak kebergantungan kepada hasil import,â katanya.
Azahari berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Bantuan Input Touch Point Perikanan Daerah Kuantan di Pengkalan Perlindungan Sumber, Kompleks Perikanan Padang Lalang, hari ini.
Seramai 137 nelayan dari lima kawasan sekitar Kuantan iaitu Cherating, Chenor, Beserah, Sungai Ular dan Balok turut menerima bantuan Touch Point perikanan dalam program ini.
Dalam pada itu, Azahari memberitahu, program perlepasan benih ikan seperti ini dapat memberi manfaat kepada nelayan setempat apabila benih-benih ikan ini telah mencapai tempoh matang mereka.
âBantuan dalam membekalkan benih ikan seperti ini diperlukan kerana adalah sukar untuk ikan-ikan membiak dengan banyak jika hanya bergantung kepada proses pembiakan secara semula jadi,â katanya.
Selain itu, pihaknya turut menyalurkan bantuan input Touch Point kepada nelayan bagi memastikan golongan sasar dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pendapatan mereka.
âKami memberikan bantuan berupa tong insulasi, pukat, beg kalis air, jala dan lampu suluh mengikut jenis nelayan sama ada nelayan laut atau nelayan darat.
âBantuan Touch Point ini bertujuan bagi memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan memastikan sumber pendapatan golongan sasar dapat ditingkatkanâ katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment