Kenyataan pasukan khas tertinggal perkataan SPRM: Shukri
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam kenyataannya semalam tertinggal nama agensi itu berhubung penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan dikeluarkan pasukan petugas khas itu semalam, yang bertajuk âPasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan penahanan Datuk Seri Najib Razakâ, sepatutnya bertajuk âPasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan SPRM menahan Datuk Seri Najib Razakâ.
Perkara itu dijelaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini kepada NSTP.
âTiada sebarang isu. Perkataan SPRM secara tidak sengaja tertinggal, itu sahaja,â katanya.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes rasuah ]
Majlis Peguam Malaysia semalam mempertikaikan tindakan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan penahanan bekas Perdana Menteri itu.
Presidennya, George Varughese mendakwa, pasukan terbabit tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menahan Najib berhubung isu SRC International Sdn Bhd.
Semalam, Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.
Bagi tiga pertuduhan pecah amanah, Najib selaku penjawat awam iaitu perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC International didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM42 juta yang di Menara Ambank, Jalan Raja Chulan antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (akta 574) yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebat dan denda.
[ ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan Najib, dibawa ke Putrajaya ]
Beliau turut didakwa menggunakan jawatan sebagai Perdana menteri ketika itu untuk suapan berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terlibat membuat keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment