Jangan berpuak-puak dalam pemilihan parti: Dr Wan Azizah
KOTA KINABALU - Ahli PKR diingatkan supaya tidak berpuak-puak dalam pemilihan parti Ogos ini, sebaliknya, menyokong pemimpin yang terpilih kelak untuk menguatkan lagi parti berkenaan.
âMemang ada perbezaan pendapat tapi kita satu parti, boleh menyokong sesiapa,â kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pertemuan dengan ahli PKR Sabah di sini hari ini.
Dr Wan Azizah maklum terdapat andaian kononnya beliau dan suaminya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertelagah atas jawatan presiden parti, namun beliau menjelaskan, perkara itu tidak berlaku.
âBiarpun Datuk Seri Anwar pernah dizalimi, namun semangatnya tidak pernah luntur (dalam perjuangan parti),â katanya.
Dr Wan Azizah turut mengingatkan anggota parti supaya berpegang erat kepada prinsip perjuangan parti.
Katanya sebagai kerajaan baharu yang memerintah hari ini, PKR perlu menunjukkan contoh sebagai parti yang bertanggungjawab dan tidak âterjangkitâ sikap pemimpin dalam kerajaan terdahulu.
âBiarlah selaku kerajaan, kita tunjukkan melalui teladan. Kita dah kalahkan parti yang kuat (dalam Pilihan Raya Umum ke-14). Kita menang untuk masa depan negara kita,â katanya.- Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment