Difahamkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu akan terus dibawa ke Mahkamah Ampang selepas tiba namun, tidak dapat dipastikan untuk pendakwaan atau untuk mendapatkan perintah reman.
Jamal sebelum ini ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), beliau menjadi buruan polis kerana menghilangkan diri didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Jamal didakwa diatas pelbagai pertuduhan termasuk di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan awam dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960 berkaitan penggunaan senjata api.
Bagaimanapun kira-kira 40 petugas media gagal merakam gambar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu kerana dibawa keluar oleh polis melalui laluan khas selepas pesawat mendarat untuk segera dibawa ke mahkamah. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment