Isu Luar Mahkamah, Johan Asari Kagum Dengan Ellie Suriaty
Baru-baru ini, pelakon senior Ellie Suriaty menjadi perhatian umum apabila dia dilihat menimbulkan kekecohan ketika berada di perkarangan mahkamah pada Rabu lalu sebagai penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semalam, pelakon Johan Asari pula tampil menyuarakan pendangannya mengenai tindakan Ellie Suriaty yang dilihat sangat berani untuk memperjuangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam mahkamah.
BACA:Â Beri Sokongan Buat Najib Razak, Ellie Suriaty Bikin Kecoh Di Mahkamah
Menerusi Instagram miliknya, Johan meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ada dalam diri Ellie.

Johan juga mengatakan Peguam Negara perlu menggunakan bahasa kebangsaan seperti mana beberapa negara lain lakukan.
Memetik laporan MalaysiaKini, Ellie menafikan beliau mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan keadaan mahkamah bertukar menjadi kecoh. Tambahnya lagi, beliau tidak gentar sekiranya tindakan diambil keatasnya kerana bukan beliau yang memulakan kekecohan.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment