Gantung perkhidmatan kontraktor ECRL, projek paip petroleum
PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengeluarkan notis penggantungan kerja dan perkhidmatan kepada semua kontraktor projek berkaitan Laluan Rel pantai Timur (ECRL), Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).
Dalam satu kenyataan dikeluarkan kementerian itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan notis itu berkuatkuasa serta-merta sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Menurutnya, tindakan diambil adalah semata-mata ke atas syarikat berkaitan dengan peruntukan dalam surat perjanjian dan tiada kena-mengena dengan mana-mana negara.
âPerdana Menteri selepas mendapat pandangan Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk mengeluarkan âNotis Arahan Penggantungan Kerja dan Perkhidmatanâ semua
kontrak berkaitan MPP, TSGP dan ECRL kepada pihak kontraktor pada 3 Julai 2018,â katanya.
Tambah beliau, anak syarikat milik penuh MKD, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sebelum ini diberi mandat untuk melaksanakan ketiga-tiga projek mega tersebut.
[ ARTIKEL BERKAITAN : Projek paip petroleum: Kerajaan hantar wakil rundingan ]
[ ARTIKEL BERKAITAN : Menteri Kewangan akan ke China, Singapura ]
âSSER telah diberi mandat untuk melaksanakan MPP dan TSGP manakala MRL pula diberi mandat melaksanakan projek ECRL. Begitupun, Kontrak bagi projek MPP dan TSGP (kos pembinaan RM 9.4 bilion) telah dianugerahkan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.
âSSER telah membuat bayaran sebanyak RM 8.3 bilion ataupun 88 peratus daripada kos pembinaan RM9.4 bilion sungguhpun kemajuan kerja (yang belum diaudit) dianggarkan pada tahap 13 peratus.
âKontrak SSER bernilai RM 9.4 bilion ini belum lagi mengambil kira kos perjanjian pengambilalihan tanah, dua perjanjian perundingan pakar, dan satu perjanjian penyelenggaraan yang bernilai RM 1.7
bilion,â katanya.
Ujarnya lagi, projek ECRL pula merupakan projek landasan kereta api dari Pelabuhan Klang dan tamat di Pengkalan Kubor, Kelantan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 2016 dan 2017.
Syarikat dari China, China Communications Construction Company (CCCC) telah dilantik sebagai kontraktor utama dan kos keseluruhan sebenar Projek ECRL dijangkakan mencecah RM 81 bilion.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment