Cadang wujudkan task force

Sunday, July 22, 2018

Cadang wujudkan task force

Cadang wujudkan task force

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan dan sistem pendidikan negara dapat menyemai ajaran Islam kepada anak-anak.

Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan berkata, untuk melaksanakan saranan tersebut ianya memerlukan kajian dan penyusunan yang terperinci.

Berikutan itu, beliau mencadangkan untuk mewujudkan satu task force bagi mengkaji dan melihat semula cara atau pendekatan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum.

“Pendekatan yang digunakan ini perlu bersesuaian agar ajaran Islam dapat diterapkan dalam diri anak-anak di peringkat sekolah.

“Selain itu, penerapan nilai-nilai yang berakhlak mulia hendaklah juga diterjemahkan dalam pentadbiran kerajaan khasnya untuk menjadi teladan kepada masyarakat ramai untuk mengikutnya.

“Apabila ianya dapat dilaksanakan sudah pasti dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai nilai akhlak yang murni,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, media melaporkan Tun M menyarankan sistem pendidikan negara menyemai ajaran Islam kepada anak-anak supaya mereka memiliki nilai hidup dan cara Islam.

Selain sekolah katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan, namun mungkin kerana kesibukan bekerja, mereka kurang memberi perhatian.

Sementara itu, Aminolhuda turut mencadangkan agar media cetak, media elektronik dan media baru memainkan peranan yang sama dalam membentuk pendidikan secara tidak formal.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment