Beli pokok harga borong
KANGAR - Pesta Orkid dan Flora UTC Perlis yang berlangsung sejak Jumaat lalu mendapat sambutan luar biasa daripada warga utara khususnya penduduk Perlis.
Pengarah Urusan BMC Venture, Sayed Mohd Asri Sayed Mothar berkata, setakat ini mereka menerima hampir 15,000 pengunjung yang hadir memeriahkan pesta berkenaan.
Katanya, pesta ini mendapat perhatian penggemar orkid dan juga peniaga kecil-kecilan yang berminat membeli anak pokok dengan harga borong.
âTetapi bukan peniaga sahaja boleh beli dengan harga borong sebab konsep kita di pesta ini, walaupun hanya beli sepokok sahaja, pembeli tetap membayarnya dengan harga borong,â katanya, semalam.
Menurutnya, walaupun semalam adalah hari ketiga pesta ini berlangsung, namun pengunjung masih berpeluang menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah sebuah kereta, loket emas dan lain-lain barangan istimewa.
âKupon cabutan boleh didapati daripada penjual setiap gerai dengan setiap pembelian yang mereka lakukan.
âSelain cabutan bertuah, pertandingan karaoke masih berlangsung dengan acara akhir akan dipertandingkan pada 28 Julai ini.
âMenariknya pertandingan ini adalah bakat peserta akan dinilai seorang juri yang merupakan artis dan komposer terkenal.
âSelain hadiah wang tunai, kami difahamkan pemenang pertandingan ini turut berpeluang untuk merakamkan lagu di bawah syarikat rakamannya,â katanya.
Sayed Mohd Asri berkata, penampilan artis seperti Is Projector Band dan Herry Khalifah juga bakal menggegarkan pesta orkid ini.
âJadi kepada semua penduduk Perlis, jangan lupa beramai-ramai hadir ke pesta ini untuk bertemu artis kesayangan anda sambil melihat pelbagai jenis orkid dan flora di sini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment