Umno hilang rakan sebab tak berkuasa
JOHOR BAHRU - Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan tindakan Gerakan meninggalkan BN sudah dijangka.
Beliau berkata, tidak ada mana-mana pihak mahu bersama dengan rakan yang tidak berkuasa lagi.
"BN tidak diwujudkan daripada kekerasan atau ketakutan. Kami memegang prinsip sama selama 61 tahun yang lalu di negara berbilang kaum seperti Malaysia dan juga meraikan kepelbagaian Sabah dan Sarawak," katanya kepada ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Johor Bahru, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan umum keluar BN]
Semalam, Gerakan sebulat suara memutuskan untuk keluar daripada komponen BN.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, jawatankuasa pusat parti itu berkata, keputusan dibuat selepas perbicangan serisu dan komprehensif serta mengambil kira perkembangan politik semasa selepas PRU14.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata, prestasi Umno tidak merundum malah memenagi 54 kerusi Parlimen pada PRU14.
Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Umno gagal menarik pengundi muda.
"Kami tidak pernah meninggalkan atau menolak mereka," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment