SST: Harga kereta macam mana?

Friday, June 22, 2018

SST: Harga kereta macam mana?

SST: Harga kereta macam mana?

SEBAIK pengumuman pemansuhan GST dan SST akan dilaksanakan semula, pelbagai persoalan telah dibangkitkan dalam kalangan rakyat melibatkan beberapa isu antaranya apa akan terjadi kepada harga kereta sebaik cukai SST 'dikembalikan'.

Justeru sebagai respons terhadap isu ini, Proton menyatakan bahawa dengan merujuk kepada aliran pasaran seperti tahun-tahun sebelum ini, tempoh dua bulan terkini sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah waktu di mana pasaran kereta bergerak perlahan.

"Dengan melihatkan pada aliran ini, pasaran kereta di Malaysia dijangkakan akan meningkat pada Ogos," katanya.

Proton berkata, bermula pada waktu kini sehingga Ogos 2018 adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta.

"Bagaimanapun, dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh kerajaan mengenai pemansuhan GST kepada kadar sifar, ia dijangka mengubah keadaan semasa.

"Justeru, Proton yakin waktu sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk pengguna membeli sebuah kereta baharu kerana pelaksanaan SST bakal berkuat kuasa pada September," katanya.

Dengan memetik pelbagai sumber, Proton berkata, harga kenderaan berpotensi meningkat selepas SST dilaksanakan, seperti yang disebut oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad dalam wawancaranya bersama media pada Mei lalu yang mengatakan bahawa harga kereta akan meningkat apabila SST sebanyak 10 peratus dilaksanakan.

Pinjaman beli kereta terpakai rumit

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berpandangan, kereta baharu lebih memudahkan proses permohonan pinjaman dengan kadar yang lebih baik.

Dalam pada itu, untuk pasaran kereta terpakai katanya, oleh kerana persaingan yang sengit penjual secara umumnya menyerap nilai GST.

"Oleh itu, harga ditawarkan tidak akan terjejas dengan GST yang berkadar sifar.

"Bagi pengguna yang ingin berjimat, mereka mungkin akan lebih tertarik dengan pasaran kereta terpakai kerana perbandingan kos disangka lebih murah dan praktikal.

"Bagaimanapun, proses membeli kereta terpakai adalah sedikit rumit berbanding membeli kereta baharu kerana kelulusan pinjaman mungkin lebih mudah untuk diperoleh dengan kadar faedah lebih rendah disebabkan risiko lebih rendah berbanding kereta terpakai yang mana jumlah pinjaman yang diluluskan menjadi lebih tinggi amaunnya," jelasnya.

Pengeluar kereta tawar pelbagai promosi

Mengulas lanjut berkenaan perkara ini, Abdul Rashid berkata, kebanyakan pengeluar kereta menawarkan pelbagai aktiviti promosi.

Pengguna yang inginkan penjimatan akan menjadi sukar menentukan model mana yang hendak dibeli.

"Sebagai contoh, jika memilih sebuah kereta dengan enjin 1.3cc, pengguna akan sukar untuk membuat pilihan di pasaran, terutama apabila membuat perbandingan dari segi penyelenggaraan, ruang, keselamatan dan kestabilan, dan yang paling penting adalah faktor harga.

"Kami berasakan bahawa Proton Saga adalah yang paling sesuai untuk semua perbandingan tersebut kerana ia luas, dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektrik dan kawalan cengkaman untuk model premium dan dilengkapi dengan pemanduan dan pengendalian yang hebat, iaitu ciri utama dalam sebuah kereta Proton.

"Pemanduan dan pengendalian yang baik akan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa, menjadikan perjalanan di lebuh raya begitu stabil, selesa dan pantas, berbanding pesaingnya.

"Penyelenggaraannya yang rendah menjadi faktor utama pengguna memilih Proton Saga berbanding pesaingnya rapat kami," katanya.

Proton kini menawarkan model Saga bermula di bawah RM30,000* bagi harga bersih iaitu jumlah yang paling rendah dalam segmennya dan merupakan tawaran harga terbaik sejak 12 tahun.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment