Siti Zubidah terajui Wanita Bahagian Sungai Besar

Saturday, June 23, 2018

Siti Zubidah terajui Wanita Bahagian Sungai Besar

Siti Zubidah terajui Wanita Bahagian Sungai Besar

SUNGAI BESAR - Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Siti Zubidah dipilih perwakilan untuk menerajui Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Besar pada pemilihan kali ini.

Siti Zubidah yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Besar menang dengan majoriti 223 undi.

Beliau memperoleh 335 undi ditentang Setiausaha Wanita Umno Bahagian Sungai Besar, Azizah Kadir yang mendapat 112 undi.

Siti Zubaidah memangku jawatan itu selepas kamatian Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter terhempas di Sarawak Mei 2016.

Sementara itu, jawatan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Besar pula dimenangi Ketua Penerangannya, Siti Nordewi Mohd Norman.

Siti Nordewi memperoleh 349 undi, menewaskan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Sungai Besar, Siti Rashidah Ramli yang mendapat 95 undi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment