Kumpulan pertengahan usia perlu ambil alih kepimpinan

Friday, June 22, 2018

Kumpulan pertengahan usia perlu ambil alih kepimpinan

Kumpulan pertengahan usia perlu ambil alih kepimpinan

SHAH ALAM - Suara akar umbi yang diterima dalam PRU14 membuka ruang perubahan terhadap Umno.

Calon Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat, Norali Nordin berkata, selepas pilihanraya suara akar umbi pada mulanya seperti tidak percaya, kemudian akhirnya rakyat bersatu suara membuat keputusan untuk melakukan perubahan.

Menurutnya, sudah tiba masanya mereka yang berada di pertengahan usia untuk menawarkan diri mengambil alih kepimpinan di peringkat bahagian.

“Bagi saya, ahli-ahli Umno ini mereka sudah selesa dengan budaya lama, budaya akar umbi yang kita ketahui filem lama-lama itulah budaya Umno di bahagian tetapi saya perasan anak-anak muda tidak lagi prihatin dengan perkara-perkara seperti ini, mereka lebih suka melihat telefon bimbit melihat berita-berita sensasi.

“Perkara ini kita boleh ubah, sebagai seorang profesional yang akan bertanding, saya akan melakukan satu perubahan bukan yang biasa, perubahan yang diluar kotak, di mana saya mahu anak-anak muda di Ipoh Barat membuka minda mereka sejajar dengan telefon bimbit yang  mereka bawa,” katanya dalam Siaran Langsung Facebook Sinar Harian hari ini.

Norali yang merupakan Ketua Umno Cawangan Sungai Senan berkata, setiap hari mereka dengan telefon bimbit tetapi kemungkinan besar pemikiran mereka masih di takuk lama.

Katanya lagi, manifesto kembali ke akar yang dibawanya mempunyai sejarah di mana pada 9 Mei 2018 Umno hilang kuasa persekutuan dan 11 Mei pula diadakan Hari Pertubuhan Umno.

“Masa itu ada wartawan bertanya, apa komen Tun M kepada Umno, Tun M menjawab jawab go back to your root. Itulah dia sebenarnya tajuk manifesto kita kembali ke akar kerana maksudnya sangat mendalam,” katanya perkataan akar bermaksud adalah rakyat atau ahli.

Mengulas mengenai kepimpinan bahagian yang wujud hari ini, beliau menyifatkan kebanyakan kepimpinan Umno bahagian tidak mahu melepaskan jawatan jadi beliau berjanji sekiranya memenangi jawatan sebagai ketua bahagian beliau akan memegang jawatan itu untuk tempoh dua penggal sahaja iaitu selama 10 tahun.

Katanya, jika beliau tidak berjaya membentuk seorang pelapis, beliau gagal sebagai seorang pemimpin.

“Saya memohon kepada semua ahli untuk memberi peluang kepada kami untuk diberikan mandat dan membuktikan bahawa manifesto kami boleh membuat manifesto seperti yang mereka mahukan.

“Mereka mahukan perubahan, jadi kita perlu memulakannya, kita tak boleh bercakap sahaja, tetapi kita perlu melangkah dan berfikir di luar kotak,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment