Keenakan Lemang MZ jadi sebutan

Friday, June 22, 2018

Keenakan Lemang MZ jadi sebutan

Keenakan Lemang MZ jadi sebutan

AMPANG â€" Pengusaha Lemang MZ di Taman Dato Ahmad Razali, di sini, tidak menang tangan melayan permintaan tinggi juadah tradisi itu sempena Aidilfitri.

Pengusaha Lemang MZ, Mohd Zait Abdullah, 55, berkata, harga lemang yang dijualnya mengikut saiz buluh yang digunakan.

“Musim perayaan merupakan peluang saya menambah rezeki sampingan berbanding hari biasa, setiap kali menjelang Aidilfitri. Ia ibarat pesta dengan kehadiran ramai pelanggan datang untuk membeli lemang di sini,” katanya.

Menurut Mohd Zait, dia sudah berniaga lemang sejak lebih 30 tahun lalu.

“Pada awalnya saya berniaga di Negeri Sembilan bersama seorang rakan kemudian saya berniaga lemang bersendirian di Ampang, resipi lemang ini pula adalah daripada datuk, selain saya menambah baik resipi berkenaan,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Zait berkata, dia dan rakannya sanggup masuk ke dalam hutan untuk mencari buluh lemang ketika usianya masih muda.

“Kini saya hanya mendapat bekalan puluhan ribu buluh lemang  daripada orang asli,” katanya.  

Menurut Mohd Zait, dia sudah mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa menempah dalam jumlah yang banyak.

“Masyarakat pelbagai bangsa telah datang ke gerai ini untuk membeli lemang, sehari sebelum raya dan pada hari raya pertama, pelanggan sanggup beratur panjang untuk membeli dan merasai kenakan Lemang MZ," katanya.

Biarpun ramai pesaing, Mohd Zait berkata, selain memastikan lemang yang dihasilkan terjaga kualitinya, rasa yang enak dan tahan sehingga tiga hari menjadikan Lemang MZ pilihan pelanggan.

“Rahsia resipi lemang ini adalah santan dan pulut susu yang terbaik, maka hasilnya pasti enak,” katanya.

Tambahnya, disebabkan permintaan tinggi setiap kali tibanya musim perayaan, isteri bersama anaknya akan membantu untuk membakar dan menyediakan bahan dari awal hingga kepada kerja menjual lemang.

“Seramai 20 pekerja turut membantu bagi memudahkan urusan perniagaan dan proses menyediakan dan membakar lemang,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment