Pemangku Pengerusi BN itu memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima surat rasmi daripada parti tersebut.
"Saya akan melihat keputusan mereka secara teliti dan meminta Setiausaha Agung BN serta Setiausaha Kerja hubungi mereka sebab belum dapat surat rasmi.
"Buat masa ini, saya mahu kaji dulu perkara itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi temubual bersama media di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Parti Gerakan hari ini mengumumkan keluar daripada BN selepas mengambil kira pelbagai faktor susulan kekalahan parti itu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Gerakan dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan berkenaan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti.
Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli-ahli akar umbi selain dilihat selari dengan usaha untuk memperkukuhkan semula parti. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment