Anak-anak yatim gembira dapat undangan berbuka
MELAKA TENGAH - Seramai 25 orang anak yatim dan golongan kurang upaya (OKU) dari Kampung Baroh Alai di sini bertuah kerana diraikan pengurusan Hotel Ibis Melaka dalam satu program berbuka khas.
Pengurus Besar Hotel Ibis Melaka, Anthony B Tanyag berkata, penganjuran penuh bermakna itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat hotel berkenaan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
âPihak kami amat berbesar hati dapat bersama-sama kalangan anak-anak yatim ini dan ada di antara mereka OKU berpeluang merasai pelbagai jenis makanan yang disediakan sebagai juadah berbuka puasa.
âHotel kami baharu setahun beroperasi dan kami berharap acara sebegini akan dapat diadakan lebih besar lagi pada masa akan datang dan saya amat bergembira dapat berkongsi kegembiraan ini bersama mereka apatah lagi menjelang Aidilfitri tidak lama lagi,â katanya.
Hadir sama, Pengurus Operasi Hotel Ibis, Michael Tam.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Baroh Alai, Datuk Akrammuddin Abdul Aziz melahirkan ucapan terima kasih terhadap pihak pengurusan Hotel Ibis Melaka di atas kesudian mereka mengundang kanak-kanak terbabit.
âKita harapkan program sebegini akan berterusan pada masa akan datang,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment