Ahmad Zahid tidak akan tinggalkan UMNO

Saturday, June 23, 2018

Ahmad Zahid tidak akan tinggalkan UMNO


Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu berkata, beliau juga akan membantu sesiapa sahaja yang bakal memimpin UMNO untuk memperkukuhkan parti keramat itu.

"Saya akan menyumbangkan idea saya, sekurang-kurangnya untuk perkukuhkan parti.

"Dan jika saya menang, seperti saya telah sebutkan, saya tidak akan tinggalkan seorang pun untuk sama-sama bantu saya perkukuhkan parti dengan agenda-agenda pembaharuan yang akan dibincangkan secara bersama," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sesi temubual bersama media bersempena pemilihan UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden berdepan dengan cabaran utama daripada tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment