Tertipu tawaran 'makan sampai kenyang'
BANDARAYA MELAKA - Pengguna dinasihatkan tidak mudah termakan dengan penawaran promosi durian âmakan sampai kenyangâ yang di sebaliknya menjerut pembeli dengan penipuan.
Timbalan Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, pihaknya kesal apabila terdapat segelintir peniaga yang membuat penawaran seperti itu namun sebenarnya hanya memberi tempoh masa tertentu.
Menurutnya, memang tidak menjadi kesalahan sekiranya peniaga membuat promosi berkenaan namun ia perlu dimaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu mengenai gred durian yang dijual dan tempoh masa yang diberikan agar golongan ini tidak berasa tertipu.
âJangan terlampau mudah terpengaruh dengan promosi yang akhirnya menyebabkan kita tidak berpuas hati.
âBerbalik kepada pengguna sendiri sama ada berbaloi atau tidak dan adakah ianya satu keperluan atau sekadar kehendak yang harus dipenuhi,â katanya ketika mengulas mengenai rakaman video berdurasi 3.12 minit dan tular di media sosial yang menunjukkan hampir berlaku pergaduhan diantara pembeli dan penjual durian.
Tambah Azlin, pihak penganjur sepatutnya lebih beretika dan telus dalam mempromosikan penganjuran seumpama itu supaya ia berbaloi kepada pengunjung mahupun pengguna.
âKebanyakannya itu hanyalah sekadar strategi promosi untuk menggalakkan orang ramai supaya ke pesta tersebut dan ianya ibarat indah dari khabar bila pengguna disajikan dgn longgokan durian yang tidak berkualiti dan tidak elok berbeza dengan apa yang digambarkan pada promosi,â katanya.
Dalam rakaman itu, seorang lelaki mendakwa tertipu dengan promosi âmakan sampai kenyangâ yang dianjurkan penjual berkenaan yang hanya dapat merasa tiga biji durian dan isinya ada yang tidak elok, sebelum peniaga terbabit memaklumkan promosi itu hanya dalam tempoh 30 minit sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka dan juga pengunjung lain.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment