Terkini: Dua sekolah di Terengganu tutup esok

Tuesday, January 2, 2018

Terkini: Dua sekolah di Terengganu tutup esok

Terkini: Dua sekolah di Terengganu tutup esok

KUALA TERENGGANU: Dua sekolah masing-masing di Dungun dan Kemaman, masih ditutup esok akibat banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, Dungun yang ditutup hari ini masih belum boleh beroperasi kerana ditenggelami banjir, sekali gus menjejaskan 63 murid, 17 guru dan sembilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

"Satu lagi sekolah yang ditutup esok ialah SK Pasir Gajah, Kemaman, kerana dinaiki air, menyebabkan 213 murid, 23 guru dan tiga AKP tidak dapat ke sekolah.

"Dengan itu, keseluruhannya seramai 276 murid, 40 guru dan 12 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bercuti esok kerana sekolah tidak dapat beroperasi," katanya.

Pagi ini, tiga sekolah iaitu SK Pasir Raja dan SK Kampung Shukor di Dungun, dan SK Padang Kubu Kemaman ditutup dan menjejaskan seramai 400 murid, 56 guru dan 17 AKP.

Bagaimanapun, keadaan banjir di SK Kampung Shukor, Dungun dan SK Padang Kubu, Kemaman sudah pulih dan dibuka seperti biasa esok.


BANJIR di SK Padang Kubu mulai surut. - Foto Rozainah Zakaria



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment