Rumah terbiar jadi sarang penagih

Tuesday, January 2, 2018

Rumah terbiar jadi sarang penagih

Rumah terbiar jadi sarang penagih

KOTA BHARU - Sebuah kediaman yang ditinggalkan sejak lima tahun lalu di roboh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam MPKB-BRI semalam setelah ia dijadikan sarang penagih.

Ketua Unit Keselamatan Bahagian Penguatkuasaan, MPKB-BRI Mohd Ali berkata, rumah tersebut adalah di Berek 12  dan mendapat aduan dari penduduk.

“Kami mengambil keputusan untuk merobohkan rumah ini ekoran laporan penduduk yang bimbang dengan aktiviti penagihan di kawasan itu.

“Ketika sampai di lokasi kami ini,  terserempak dengan penagih yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguatkuasa,” katanya.

Mohd Ali yang juga Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Kota Bharu berkata, operasi itu disertai 20 penguatkuasa MPKB-BRI, lima pegawai AADK dan 10 penduduk kampung.

Kerja-kerja merobohkan dijalankan dengan menggunakan jentolak dan pihaknya turut membersihkan kawasan sekitar supaya tiada sisa peninggalan dan kawasan sarang penagih.

“Kita akan jalankan operasi meroboh kawasan yang terbiar dan dijadikan sarang penagih ini dan kita harap orang ramai turut salurkan maklumat.

“Ini bagi memastikan kawasan sekitar bersih dari sarang dadah dan tidak ancam keselamatan penduduk," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment