Mangsa skim cepat kaya digesa tampil
KEMAMAN - Mangsa kes penipuan skim cepat kaya permodalan hartanah yang didalangi bekas pegawai polis berpangkat inspektor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang dipercayai mencecah 200 orang dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM1 juta digesa tampil membuat laporan polis.
Perbuatan bekas penyiasat bahagian siasatan jenayah komersial itu terbongkar selepas seorang mangsa yang kerugian sebanyak RM140,000 membuat laporan polis pada 2016 dan tertuduh dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan itu semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan dilakukan selepas laporan polis dibuat, pihaknya mendapati ramai lagi mangsa yang diperdaya oleh tertuduh, Mohd Salam Zainal Abidin, 31, dan isterinya, Nurul Shahila Saâayan, 28, yang turut sama bersubahat.
Menurutnya, polis percaya jumlah mangsa yang menyertai pelaburan itu mencecah 200 orang dari seluruh Malaysia berdasarkan jumlah ahli aplikasi Kumpulan WhatsApp yang diwujudkan tertuduh.
"Berdasarkan siasatan dalaman yang dilakukan, pegawai dan anggota polis IPD Kemaman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu turut menjadi mangsa penipuan terbabit," katanya.
Mohd Said berkata, modus operandi tertuduh ialah dengan menawarkan hartanah untuk dijual dan menjanjikan pulangan tiga kali ganda yang mana kentungan itu akan diperoleh pelabur dalam jangka masa antara satu hingga enam bulan.
âTertuduh menggunakan akaun perniagaan milikan tunggal isterinya untuk proses menerima deposit secara haram daripada kesemua mangsa dan aktiviti pengambilan deposit yang dilakukan tertuduh itu juga didapati tidak mendapat kebenaran dari Bank Negara.
âKebanyakan hartanah yang dijanjikan adalah di pantai timur terutama Kelantan dan tertuduh aktif melakukan penipuan berkenaan antara Mac 2015 hingga hujung 2016,â katanya pada sidang media di IPD Kemaman, di sini, petang semalam.
Beliau berkata, status sebagai pegawai polis berpangkat inspektor membuatkan mangsanya yakin akan pelaburan yang ditawarkan tertuduh.
âPada peringkat awal, ada mangsa yang mendapat untung tapi menjelang hujung 2016 timbul masalah apabila tertuduh gagal membayar pulangan yang dijanjikan.
"Tertuduh berhenti kerja sebagai pegawai polis pada Ogos tahun sama,â katanya.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment