Kamaludin dilantik KJSJ Johor

Tuesday, January 2, 2018

Kamaludin dilantik KJSJ Johor

Kamaludin dilantik KJSJ Johor

JOHOR BAHRU: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Senior Asisten Komisioner, Kamaluddin Kassim, memulakan tugas sebagai KJSJ Johor yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas itu daripada Datuk Azman Ayob yang memegang jawatan itu sejak 10 Julai tahun lalu.

Azman bakal bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Majlis serah terima tugas mereka disaksikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd di Dewan Dato' Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Selain itu, turut berlangsung majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Johor antara Deputi Superitendan Lye Boon Choy dan Pemangku Superitendan Abd Rahim Man.

Sementara itu, Boon Choy sebelum ini memangku jawatan Ketua Jabatan StaRT Johor dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Turus Logistik (Pengangkutan) Johor manakala Abd Rahim adalah Ketua Jabatan StaRT di IPK Terengganu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment