Banjir: Tiga hari penduduk terputus hubungan
Banjir: Tiga hari penduduk terputus hubungan
sumber: sinarharian
Banjir: Tiga hari penduduk terputus hubungan
TANAH MERAH - Hari ini masuk hari ketiga penduduk Kampung Pulau Raya, di sini, terputus hubungan berikutan jambatan menghubungkan kampung itu dengan Kampung Jelatok ditenggelami air.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Jelatok, Kuek Chye Hin berkata, jambatan sepanjang kira-kira 160 meter itu mula dinaiki air petang Isnin lalu.
Katanya, keadaan itu menyebabkan hampir 50 penduduk dari 11 keluarga di pulau berkenaan terkepung dan terpaksa menggunakan bot untuk keluar walaupun berbahaya kerana arus sungai deras.
"Tengah hari ini, kita dengan kerjasama Pejabat Umno Dun Bukit Panau akan hulurkan bantuan makanan asas kepada penduduk yang terperangkap di Pulau Raya," katanya, hari ini.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment