Sokongan cadangan Presiden MBM jadi senator
SEPANG - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong sepenuhnya cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk mengangkat presiden majlis itu sebagai Senator di Dewan Negara.
Syed Saddiq berkata cadangan itu boleh direalisasikan jika semua badan di bawah MBM sepakat dalam memperkasakan suara anak muda dan mengketepikan ideologi politik masing-masing.
âSecara peribadi saya bersetuju dengan hasrat itu yang dilihat seiring hasrat kerajaan baharu yang mahu memperkasakan peranan belia dengan menempatkan golongan itu di peringkat tertentu dalam urusan negara.
âSaya pernah membawa idea ini kepada kabinet tetapi agak keseorangan dalam memperjuang dan mempertahankan harapan besar itu,â kata beliau ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MBM ke-67 di sini hari ini. Turut hadir presidennya Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin.
Syed Saddiq berkata beliau sedia membawa semula cadangan itu untuk perhatian kerajaan dan MBM perlu berdiri teguh dalam menyokong idea tersebut.
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata peranan MBM yang sebelumnya digerakkan oleh âpendukungâ kerajaan terdahulu tidak akan disisihkan asalkan bijak memposisikan diri mengikut arus perubahan semasa.
âWalau berbeza fahaman politik, MBM akan terus diberi perhatian jika kekal fokus kepada asas penubuhannya iaitu memperjuangkan isu-isu dan kepentingan orang muda.
âDalam kerajaan baharu, kuasa orang muda begitu kuat dan pimpinan sedar anak muda bukan lagi sekadar pemerhati tetapi menggerak arus politik yang membentuk hala tuju negara,â katanya.
Justeru, beliau mahu pimpinan baharu majlis merekrut lebih ramai anak muda bawah umur 30 tahun menyertai MBM.
Syed Saddiq juga berkata seiring dengan aspirasi memperkasa kangolongan wanita, MBM juga diharap dapat menarik lebih remai wanita muda menyertai pertubuhan belia untuk dilatih sebagai pemimpin masa depan. -Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment