Selepas lebih lima jam, Zahid masih di SPRM Putrajaya

Wednesday, October 10, 2018

Selepas lebih lima jam, Zahid masih di SPRM Putrajaya

Selepas lebih lima jam, Zahid masih di SPRM Putrajaya

PUTRAJAYA - Proses mengambil keterangan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipercayai masih dijalankan selepas lebih lima jam kehadirannya di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid sebelum itu tiba di bangunan yang menempatkan agensi antirasuah berkenaan pada 9.20 pagi, namun masih belum beredar setakat 2.20 petang ini.

Media sebelum ini melaporkan beliau dikehendaki hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter pada Isnin berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada agensi berkenaan.  Beliau turut memberi keterangan kepada SPRM pada Julai lalu.

Selain Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri, anak beliau iaitu Datuk Nurulhidayah dan abang tirinya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi turut dilihat memasuki bangunan itu secara bersama kemudian.

Kedua-dua mereka dipercayai dipanggil untuk membantu siasatan kes sama.

Wakil media tempatan dan antarabangsa kelihatan berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 8 pagi untuk membuat liputan. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment