PRK Port DicksonTidak janji langit, bumi

Thursday, October 4, 2018

PRK Port DicksonTidak janji langit, bumi


Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau berpegang kepada prinsip yang pernah di­sebut oleh Nabi Syuaib a.s yang memberi makna ‘tidak akan aku lakukan melainkan sebaik yang mungkin’.

“Saya akan usahakan perubahan sedaya upaya supaya mu­tu pendidikan ditingkatkan serta rasuah dan penyelewengan dihentikan,” katanya ketika berucap melancarkan program tuisyen dalam talian percuma, PDTuition.com di sini hari ini.

Yang turut hadir tokoh pendidikan, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Dalam pada itu Anwar memberitahu, beliau berasa sangat terkesan dengan sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk di daerah ini terhadapnya sejak memulakan kempen PRK Parlimen Port Dickson, Sabtu lalu.

Beliau berkata, sambutan semua masyarakat Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain yang bukan sahaja sopan serta baik, malah mesra terhadapnya.

Jelasnya, walaupun sudah ber­kali-kali datang ke Port Dickson sebelum ini, tetapi beliau tidak berkesempatan untuk bersama dengan rakyat di semua kampung, masjid, kuil dan tempat awam lain.

“Berdasarkan apa yang saya lihat dan kesan, rasa gembira saya dan gembira rakyat, kasih sayang kepada mereka dan kasih mereka kepada saya,” jelasnya.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment