Pemangku Raja ziarah keluarga wira bomba negara

Friday, October 5, 2018

Pemangku Raja ziarah keluarga wira bomba negara



PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menziarahi keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari di Pasir Mas, hari ini.

Baginda tiba pada jam 6 petang tadi di Kampung Kubang Terap sambil diiringi Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah dan Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Mas Mohd Nazri Ab Wahab.

Tengku Muhammad Fa-iz turut berkenan mengikuti tahlil serta bacaan doa yang diketuai Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas, Wan Nazri Wan Mohamad.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIK turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Allahyarham Muhammad Hifdzul.

Baginda menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota bomba yang meninggal dunia ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, kelmarin.

Dalam kejadian itu, enam anggota PPDA itu dipercayai terbelit antara satu sama lain selepas arus di lokasi pencarian terlalu deras sehingga mereka gagal menyelamatkan diri.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment