Jika sebelum ini ramai yang mengkritik Fattah Amin tidak boleh menyanyi, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon sensasi ini untuk muncul dengan single baru berjudul ‘Isterimewa’. Kali ini, cara nyanyian Fattah menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini.

Menerusi Instagram, Fattah berkongsikan tentang lagu terbaru ciptaan Mel Imran itu mengisahkan tentang luahan ikhlas isi hari seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri.


BACA: Terkejut Dengan Tuduhan, Fattah Amin Nafi Tipu Peminat


View this post on Instagram



Assalamualaikum semua..Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan Ilham dariNya. Malam ini saya dapat kongsikan akustik teaser ‘ISTERIMEWA’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh sahabat saya @melramlan . . . Lagu ini mengisahkan luahan ikhlas isi hati seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri. . . Versi akustik ini adalah TEASER kepada single terbaru saya, 'ISTERIMEWA' yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. . . Untuk mendengar full version ‘ISTERIMEWA’ versi akustik ini anda boleh click link bio di atas sekarang. Terima kasih di atas sokongan peminat-peminat saya yang sentiasa ada di hati saya, menyokong kerjaya saya. Anda semua terlalu istimewa bagi saya. Terimalah… . #Isterimewa @universalmuzikmy

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Rata-rata netizen memuji kemerduan suara dan vokal Fattah seperti seorang penyanyi profesional. Ramai juga yang tersentuh melihat penghayatan Fattah ketika menyanyikan lagu tersebut.  Tidak kurang juga ramai yang tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Ada juga peminatnya yang meluahkan rasa kagum dengan dengan Fattah kerana tidak pernah berputus asa walaupun pernah dikecam hebat sebelum ini. Apa-apa pun lagu baru Fattah ini memang sedap didengar.