Masjid Taman Temerloh Jaya anjur Tahlil Perdana

Thursday, October 4, 2018

Masjid Taman Temerloh Jaya anjur Tahlil Perdana

Masjid Taman Temerloh Jaya anjur Tahlil Perdana

TEMERLOH - Pengurusan Masjid Taman Temerloh Jaya menzahirkan tanda keprihatinan dan kesedihan berikutan kehilangan enam anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang lemas menerusi program Tahlil Perdana di masjid tersebut malam ini.

Hampir 1,000 jemaah masjid dari taman tersebut menyertai tahlil itu yang turut dihadiri Pengerusi Masjid,Dr Abdullah Ismail dan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin,Hashnuddin Hussin.

Selain bacaan surah Yassin dan doa diketuai Imam Masjid,Al-Hafiz Nasrullah Abdul Ghani. Turut berlangsung solat hajat dalam majlis tersebut.

Abdullah ketika ditemui Sinar Harian memberitahu usaha tersebut dalam tempoh singkat selepas mengetahui insiden yang berlaku itu.

Menurutnya hasil perbincangan secara spontan bersama jawatankuasa masjid itu,pihaknya dapat mengadakan program terbabit.

"Kita juga sedih dan tersentuh dengan kehilangan mereka dan program ini antara bukti keprihatinan komuniti di taman ini.

"Dalam majlis ini kita mendoakan mereka yang terkorban sebagai seorang syuhada serta mendapat ganjaran besar daripada ALLAH," katanya.

Katanya,pengurusan masjid juga menghargai kerjasama yang diberikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin dengan kehadiran Hasnuddin dalam majlis tersebut.

Sementara itu Hasnuddin memberitahu,pihaknya menghargai usaha yang dijalankan kerana turut berkongsi kesedihan yang menimpa anggota terbabit.

"Saya sendiri sebak malam ini dan turut mengenali kesemua anggota yang terkorban," katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kematian enam anggota bomba dianggap syahid ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa bergelut di kawasan pusaran air ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Enam anggota bomba lemas di lombong ]



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment