Jumlah pemilih dijangka lebih tinggi di Selangor, Sabah

Friday, October 5, 2018

Jumlah pemilih dijangka lebih tinggi di Selangor, Sabah

Jumlah pemilih dijangka lebih tinggi di Selangor, Sabah

SHAH ALAM - Jumlah ahli lebih tinggi dijangka akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pemilihan PKR 2018 bagi cabang di Selangor dan Sabah.

Calon anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Amirudin Shari berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan proses pemilihan di beberapa negeri meskipun pada awalnya terdapat beberapa masalah timbul.

“Kita akui proses pemilihan PKR hadapi masalah di Kedah dan Pinang sebab itu kita tangguh proses pemilihan di Perak.

“Tapi selepas beberapa pemilihan dan terakhir di Johor, nampak ada banyak benda diperbetulkan dan saya berpuas hati dengannya,”katanya setiap calon kini memantau proses dan sistem digunakan untuk pastikan keadilan kepada pemilih dan calon dilindungi.

Amirudin berkata, beliau turut memantau proses pemilihan setiap sesi dan tidak menafikan mungkin akan berlaku kes atau isu baru.

“Kita akan pantau setiap sesi, sudah pasti ada kes, aduan dan isu baru. Kini kita tunggu sesi pemilihan seterusnya di Selangor dan Sabah yang dijangka jumlah keluar mengundi lebih besar, ”katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment