Beg tiruan bernilai RM94,000 dirampas

Friday, October 5, 2018

Beg tiruan bernilai RM94,000 dirampas

Beg tiruan bernilai RM94,000 dirampas

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyita beg disyaki tiruan bernilai RM94,000 dalam satu operasi yang dijalankan di sebuah premis menjual pakaian sekitar Jalan Meru, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor Azman Adam berkata menerusi operasi tersebut, premis berkenaan didapati menjual barangan seperti beg serta aksesori berjenama yang dipercayai tiruan dan memasarkannya dengan harga asli.

“Berdasarkan maklumat, barangan tersebut dipercayai diperolehi daripada pembekal tempatan dan siasatan lanjut akan dilakukan.

“Harga barangan terbabit juga dijual antara RM500 hingga RM4000 seunit,”katanya.

Mengulas lanjut, Azman berkata, sewaktu pemeriksaan dilakukan, pekerja premis terbabit mendakwa beg yang dipasarkan itu adalah asli dan dibeli dari luar negara namun pihak berkenaan gagal mempamerkan sebarang bukti berkaitan berhubung perkara itu.

Oleh demikian, Azman berkata pihaknya turut merekodkan keterangan pekerja premis terbabit bagi membantu siasatan lanjut selepas ini.

“Kes disiasat dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan pesalah akan didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment