'Tidak anggap semua perlu dipolitikkan'

Friday, October 5, 2018

'Tidak anggap semua perlu dipolitikkan'

'Tidak anggap semua perlu dipolitikkan'

PORT DICKSON - Tuduhan terhadap calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan ke masjid untuk berkempen bagi PRK Port Dickson adalah tidak benar, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya pun pergi masjid juga. Sebapgai Muslim saya kena pergi masjid, pergi surau. Jadi bila sekarang saya di Port Dickson, bila waktu solat saya kena pergi masjid.

"Bila kita pergi masjid, kadang-kadang jemaah kenal kita, dia kata pada saya, Datuk boleh tak sampaikan sedikit tazkirah dan sebagai Muslim tuhan kata salinglah beri peringatan kepada Muslim lain bagi memberi manfaat sesama orang beriman," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH, di sini, hari ini.

Jelasnya, beliau percaya dirinya yang tidak setaraf berbanding Anwar yang mana bila kelibatnya sedang solat kamudian pasti ada orang yang minta untuk berucap.

Katanya, dalam konteks itu, beliau tidak menganggap sama sekali bahawa semua hendak dihadkan kepada cermin mata politik semata-mata.

"Saya ada juga dijemput oleh persatuan veteran tentera. Kalau saya hadir atas jemputan, sama macam Anwar. Apa yang tidak bolehnya?

"Sekarang saya adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)..contohnya saya kerahkan kementerian saya untuk buat kempen harga selama seminggu, tapi itu tak berlaku. Itu maksudnya kempen kami tidak guna jentera kerajaan sama sekali," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saiful sindir Anwar?]

Tambah Saifuddin, secara jujurnya jika dibanding dengan pentadbiran lalu, semua tahu apa yang berlaku.

"Jentera kami selama 20 tahun tak pernah menaung di bawah jentera kerajaan, tapi kami berjaya menubuhkan kerajaan. Jadi tiada alasan ketika kami dah tubuh kerajaan, kami nak guna jentera kerajaan.

"Calon lain boleh saja lempar apa jua tuduhan. Saya menteri dan saya setiausaha agong parti, Aminuddin Harun dia Menteri Besar Negeri Sembilan, tapi pada masa juga dia adalah Pengerusi PKR negeri. Saya datang sini pun guna kereta sendiri," katanya.

Terdahulu, calon Bebas, Saiful Bukhari Azlan mendakwa ada calon popular yang menyalah gunakan aset kerajaan ketika turun berkempen.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment