Alat ujian kehamilan di UK ditarik balik

Friday, October 5, 2018

Alat ujian kehamilan di UK ditarik balik

Alat ujian kehamilan di UK ditarik balik

LONDON . ENGLAND . Berpuluh ribu alat ujian kehamilan di United Kingdom (UK) telah ditarik balik selepas timbul kebimbangan peranti itu memberikan keputusan salah.

Ia dibuat selepas ujian kehamilan digital Clear & Simple menunjukkan 'sebilangan kecil ujian dengan hasil positif palsu'.

Agensi Pengawalseliaan Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) berkata mereka yang telah membeli alat itu harus memeriksa nombor lotnya untuk memastikan alat yang berada dengan mereka terjejas atau tidak.

Pengeluar, Guangzhou Wondfo Biotech menganggarkan bahawa lebih dari 58,000 alat penguji yang terjejas telah diedarkan di UK.

Seorang jurucakap MHRA berkata: "Guangzhou Wondfo Biotech telah mengumumkan bahawa mereka memanggil balik sekumpulan ujian kehamilan digital Clear & Simple susulan sebilangan kecil ujian menunjukkan keputusan positif yang salah.

"Sesiapa yang telah membeli alat ujian yang terjejas dinasihatkan untuk mencari kaedah ujian alternatif dan mengembalikan alat tersebut ke farmasi atau kedai."

Nombor lot yang perlu diperiksa adalah DM10220170710E, yang boleh didapati di hujung kotak dan juga dicetak pada paket.

Pengarah klinikal alat perubatan MHRA, Dr Duncan McPherson berkata: "Penting untuk mereka memeriksa nombor lot untuk mana-mana ujian kehamilan digital Clear & Simple yang telah dibeli untuk melihat sama ada mereka memilik produk dari lot yang terjejas.

"Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penggunaan ujian kehamilan digital, sila bercakap dengan profesional penjagaan kesihatan anda.

"Keselamatan pesakit adalah keutamaan kami. Kami sangat menggalakkan sesiapa sahaja untuk melaporkan sebarang isu berhubung produk ini, atau secara umumnya berhubung mana-mana peranti perubatan." -MetroUK.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment